Pada tahun 2022, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Bagi memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), KPM mengumumkan pelaksanaan Ujian kepada pelajar yang akan dimulakan pada sesi akademik 2022/2023. Di bawah dikongsikan maklumat berkenaan Format Dan Contoh Soalan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) untuk rujukan semua.
PBS sebelum ini terdiri daripada empat komponen iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Ujian ini akan menjadi sebahagian daripada PBD Sumatif yang akan memfokuskan perkembangan murid, peningkatan autonomi sekolah dan pengiktirafan profesionalisme guru yang akan menambah baik PBS.
Format Dan Contoh Soalan UASA (Ujian Akhir Sesi Akademik)
Ikuti perkongsian di bawah yang akan menerangkan maklumat tentang ujian ini meliputi Format Dan Contoh Soalan. Turut dikongsikan adalah tahap penilaian, mata pelajaran dan murid yang akan terlibat dalam pentaksiran ini.
Apa Itu UASA?
Ianya adalah satu format baru peperiksaan atau penilaian peringkat sekolah yang dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PBD Sumatif di akhir kalendar akademik. ianya bukan pentaksiran pusat dan dilaksanakan untuk menguji tahap kognitif murid. Ia juga bukan bertujuan untuk membandingkan prestasi ataupun pencapaian antara murid, sekolah, daerah dan negeri
Siapa Yang Terlibat?
Murid-murid yang akan teribat dalam pelaksanaan ujian ini adalah:
- Murid sekolah rendah tahap dua : Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6
- Murid sekolah menengah rendah : Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3
Daripada golongan murid di atas, mata pelajaran yang terlibat dalam instrumen pentaksiran adalah seperti berikut:
Mata Pelajaran Sekolah Rendah (Tahun 4, 5 dan 6)
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Sejarah
Mata Pelajaran Sekolah Menengah (Tingkatan 1, 2 dan 3)
- Bahasa Melayu
- Bahasa Ingggeris
- Sejarah
- Geografi
- Bahasa Arab
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Bahasa Punjabi
- Bahasa Iban
- Bahasa Kadazandunsun
- Bahasa Semai
- Pendidikan Islam
- Matematik
- Sains
- Asasi Sains Komputer
- Reka Bentuk dan Teknologi
- Maharat Al-Quran
- Usul Al-Din
- Al-Syariah
- Al-Lughah Al-‘Arabiah Al-Mu’asirah
Tarikh Pelaksanaan Ujian
Berdasarkan pengumuman daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, tarikh pelaksanaan instrumen pentaksiran ini adalah seperti di bawah:
i) 4 November hingga 19 Disember 2024
a) Pelaksanaan ujian dan dijangka akan berlangsung sekitar bulan N0vember – Disember 2024
b) Proses Pentadbiran ujian serta panduan penskoran akan dilaksanakan sebagai persiapan ujian
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan tarikh pelaksanaan UASA 2024, klik pautan berikut:
Tahap Penilaian
Bermula sesi akademik 2024/2025, KPM telah memperkenalkan julat peratus dan gred UASA seperti di bawah:
- 82% – 100% = Gred A (Cemerlang)
- 66% – 81% = Gred B (Kepujian)
- 50% – 65% = Gred C (Baik)
- 35% – 49% = Gred D (Memuaskan)
- 20% – 34% = Gred E (Mencapai Tahap Minimum)
- 0% – 19% = Gred F (Belum Mencapai tahap Minimum)
Penilaian ujian yang diduduki oleh murid sebelum ini tidak akan diukur melalui gred atau markah tetapi prestasi mereka dalam UASA akan diukur berdasarkan enam tahap penguasaan.
- TP1 : Tahu
- Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas
- TP2 : Tahu dan Faham
- Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari
- TP3 : Tahu, Faham dan Boleh Buat
- Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi
- TP4 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
- Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik
- TP5 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
- Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersiakap positif
- TP6 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
- Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi
Muat Turun Format UASA
Ujian Akhir Sesi Akademik adalah ujian bertulis secara sepenuhnya dan KPM telah menyediakan panduan untuk guru dalam menyediakan instrumen peperiksaan. Berikut adalah format-format yang disediakan.
Format Sekolah Rendah
Format Sekolah Menengah
Untuk memuat turun buku format yang disediakan oleh KPM, buka pautan yang dikongsikan di bawah:
- Buku Format Sekolah Rendah (Tahun 4, 5 dan 6)
- Buku Format Sekolah Menengah (Tingkatan 1, 2 dan 3)
- Garis Panduan Pentadbiran
Contoh Soalan UASA
KPM telah membangunkan sebuah sistem baharu yang dikenali sebagai Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen (APPI) untuk guru menjana soalan-soalan peperiksaan. Pihak sekolah diarahkan unruk muat turun bank soalan menerusi aplikasi tersebut pada garis masa yang ditentukan oleh KPM.
Contoh Soalan Bahasa Melayu Tahun 4,5,6
Di bawah adalah contoh soalan mengikut bahagian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4, 5 dan 6
1. Bahagian A – Tatabahasa
Pokok jambu yang ditanam oleh ayah di halaman rumah sedang berbuah….
- A. lebat
- B. padat
- C. penuh
- D. tebal
2. Bahagian A – Pemahaman Petikan; Teks Tunggal
Baca petikan dengan teliti dan jawab soalan yang diberikan:
Sebelum sesi pembelajaran bermula, kami dan rakan-rakan akan mengemas dan membersihkan kelas mengikut jadual tugasan.
Bilakah Azira dan rakan-rakannya membersihkan kelas
- A. Semasa murid-murid berada di tempat duduk masing-masing
- B. Selepas loceng sesi pembelajaran berbunyi di sekolah
- C. Sementara menunggu kelas masuk
- D. Sebelum sesi pembelajaran bermula
3. Bahagian A – Pemahaman Petikan; Teks Pelbagai
Baca maklumat dalam bahan 1 dan bahan 2 dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
Bahan berbentuk peta minda dan petikan akan diberikan kepada pelajar.
4. Bahagian B – Pemahaman Petikan
Gariskan kata nama khas yang terdapat dalam ayat diberi
- Jenny tersenyum bangga kerana dapat meringankan tugas guru kelas kesayangannya
5. Bahagian B – Respons Kritis dan Kreatif
Baca dan fahami situasi di bawah kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan
“Kamu dan rakan-rakan sedang menyertai aktiviti perkhemahan di hutan rekreasi. Seorang rakan kamu terjatuh ketika menjalani latihan kawad. Kakinya luka dan berdarah”
Sebagai seorang rakan, apakah yang akan kamu lakukan?
6. Bahagian C – Penulisan Perenggan
Grafik di bawah menunjukkan tentang aktiviti bersama keluarga. Tuliskan pendapat kamu tentang faedah-feadah daripada aktiviti yang dijalankan. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan dan tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Contoh Soalan Bahasa Melayu Tingkatan Satu, Dua dan Tiga
Di bawah pula adalah contoh soalan mata pelajaran Bahasa Melayu bagi Tingkatan 1, 2 dan 3:
Untuk murid-murid, contoh soalan yang lain telah dikongsikan oleh guru-guru secara dalam talian di Didik TV. Anda boleh layari laman Youtube Rasmi DidikTV dan merujuk contoh soalan mengikut video mata pelajaran yang anda mahu ulang kaji.
Semoga perkongsian berkaitan di atas dapat membantu anda untuk memahami dan melaksanakan tugas sebagai guru atau murid dengan baik seterusnya melakukan persediaan yang lengkap.
Related : penguasaan murid, format pentaksiran, tahap 2 sekolah rendah tahun 4 5 dan 6
diberikan melalui aplikasi pengumpulan dan pemasangan instrumen appi iaitu sebuah sistem baharu yang dibangunkan oleh kpm
peperiksaan uasa dijangka akan berlangsung sekitar minggu ketiga januari sehingga pertengahan februari 2023
Senarai Tajuk Kecil Artikel