Koleksi Ucapan Hari Jadi (Sanah Helwah) Ringkas Dan Menarik. Tarikh lahir merupakan hari ulang tahun yang lazimnya disambut bagi menghargai kelahiran seseorang di dunia ini. Pelbagai cara atau kaedah yang digunakan oleh setiap lapisan masyarakat dalam menyambut kegembiraan seseorang seperti makan bersama-sama dan memberikan hadiah. Selain itu, ucapan yang ringkas dan menarik juga boleh dikirimkan kepada ahli keluarga atau rakan yang menyambut kelahiran mereka yang merupakan hari yang istimewa.
Dengan kecanggihan teknologi komunikasi pada masa ini, tiada lagi halangan untuk kita menghantar kiriman ucapan Happy Birthday kepada sesiapa sahaja kenalan yang menyambutnya. Aplikasi seperti WhatsApp, Facebook dan Instagram merupakan laman sosial yang selalunya digunakan oleh masyarakat masa kini untuk berhubung dan juga menyampaikan ucapan ulangtahun sebagai tanda penghargaan serta menyerikan lagi kenalan yang menyambutnya.
Ucapan Hari Jadi (Sanah Helwah) Ringkas Dan Menarik Untuk Keluarga, Kawan & Kekasih
Hanya dengan ucapan sempena ulangtahun pada tarikh lahir, hubungan silaturrahim antara satu sama lain dapat dieratkan serta menunjukkan perasaan kasih dan sayang. Setiap insan yang menerima ucapan sempena tarikh kelahirannya pasti merasa bahagia dan dihargai oleh keluarga dan juga rakan-rakan.
Ucapan Happy Birthday boleh ditujukan kepada sesiapa sahaja ahli keluarga, rakan-rakan dan juga masyarakat sekeliling seperti guru dan sebagainya.
Maksud Sanah Helwah
Sanah Helwah dalam bahasa arab, jika diterjemah ke dalam bahasa melayu, maknanye hari lahir.
Koleksi Ucapan Hari Lahir (Happy Birthday)
- Ucapan Selamat Hari Lahir! Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
- Sanah Helwah! Semoga sentiasa di bawah lindungan rahmatNya, dikurniakan keberkatan Allah serta diluaskan pintu-pintu rezeki.
- Sanah Helwah! Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan serta hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.
- Selamat Hari Lahir Untuk Saudaraku! Semoga memanfaatkan usia yang diberi oleh Allah SWT dengan kebaikan dan hikmah. Dan, semoga menjadi insan yang cemerlang dari segi imannya serta mendapat apa yang dihajati. Aamiin
- Barakallah fi Umrik. Semoga dengan bertambah usiamu, maka semakin bertambah sempurna iman serta akhlakmu.
- Sanah helwah buat rakanku Azman. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT, dicukupkan rezeki, diampunkan dosa dan bahagia bersama keluarga tersayang.. Aminn.
- Barakallahu fii umrik anakku. Kekal jadi anak yang baik dan berbakti kepada ibu dan ayah. Dikaulah permata yang paling berharga untukku dunia dan akhirat.
- Selamat ulang tahun puteraku! Semoga kuat hadapi dunia baru ini dengan penuh kejayaan dan kebaikan.
- Selamat Hari Kelahiran Buat Wahai Ibuku! Semoga sentiasa berada di bawah lindunganNya dan dikurniakan kesihatan, kesejahteraan serta taufik dan hidayat daripada Allah S.W.T. Teruskan menjadi ibu yang terbaik bagi anakmu dan doakanlah kejayaan anak-anakmu.
- Sanah Helwah Sakinah Mawaddah Barakah Warahmah! Semoga beroleh ketenangan, kasih sayang, keberkatan dan belas kasihan.
- Sanah helwah buat wanita istimewa yang Allah SWT kurniakan buat saya sebagai ibu mertua yang amat dikasihi. Beruntungnya saya dikurniakan ibu mertua yang hatinya sentiasa penuh dengan rasa kasih sayang, rendah diri dan sentiasa memilih untuk berfikiran baik pada setiap manusia dan keadaan.
- Tiada kad yang lebih berharga di ulang tahun mu selain doaku untukmu. Semoga fikiranmu semakin luas dan cerdas, semoga hatimu semakin bersih dan bijak, semoga akhlakmu semakin menawan dalam kebajikan.
- Sanah Helwah Sahabat! Moga Allah merahmati dan memberkati hidupmu selamanya.
- Happy Birthday! Semoga redha Allah sentiasa mengiringimu
- Sanah Helwah! Semoga lebih banyak kegemilangan menantimu di masa-masa mendatang.
- Barakallah Fii Umrik. Semoga dengan bertambahnya umurmu, maka semakin bertambah sempurna iman serta akhlakmu
- Sanah Helwah! Semoga beroleh ketenangan, kasih sayang, keberkatan serta kebahagiaan
- Selamat Hari Lahir Sahabat. Semoga panjang umur, murah rezeki, dilindungi Allah selalu dan sentiasa cemerlang di dunia juga akhirat. In Sha Allah
- Sanah Helwah Bro!. Moga Allah merahmati dan memberkati hidupmu selamanya. Aamiinn…
- Semoga anda selalu berada dalam naungan keberkatan Allah SWT
- Selamat Ulang Tahun Anakku Yang Tersayang
- Happy Birthday anakku! Semoga akan lebih banyak kegemilangan menantimu di hari-hari yang mendatang
- Sanah Helwah. Sakinah Mawaddah Barakah Warahmah
- ”Selamat Hari Lahir. Semoga Beroleh Ketengangan, Kasih Sayang, Keberkatan dan Belas Kasihan”
Sesungguhnya, ramai yang akan menghargai sekiranya kita memberikan ucapan selamat hari jadi kepada mereka yang berkenaan sempena tarikh kelahiran mereka.
Related : terima kasih kerana birthday wish, semoga Allah, birthday to happy birthday panjang umur murah rezeki, Ya Allah, semoga di hari, bertambahnya usia menjadikan, happy birthday to, memberikan taufik rahmat, untuk sahabat, hari harimu
Senarai Tajuk Kecil Artikel