UFuture UiTM : Cara Register & Login Portal Atas Talian. Platform online untuk pelajar mengakses kandungan pembelajaran dan penilaian.

UFuture UiTM : Cara Register & Login Portal Atas Talian

UFuture UiTM Cara Register Login Portal Atas Talian

Perhatian kepada semua warga UiTM dan juga orang awam yang berminat untuk menyertai kursus pembelajaran secara online. Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah berjaya membangunkan sebuah portal pembelajaran secara atas talian. Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, ikuti perkongsian berkenaan UFuture UiTM : Cara Register & Login Portal Atas Talian di bawah.

Sejak tahun 2015, UiTM melalui Pembangunan Open Online Courses (MOOC), Pembangunan Micro-Credential (MC) dan Penjanaan Pendapatan Melalui Program Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) telah berusaha membangun inisiatif pembelajaran dalam talian. Hasilnya, melalui platform atas talian ini, UiTM mempunyai lebih 800 kursus MOOC yang aktif dengan lebih 160,000 pelajar dari 154 negara yang berdaftar pada tahun 2022.

Cara Register & Login UFuture UiTM : Portal Atas Talian

Beirkut dikongsikan informasi berkaitan Cara Register & Login Portal Atas Talian U Future Universiti Teknologi MARA untuk makluman dan pengetahuan semua.

Apa Itu U Future UiTM?

Ianya adalah satu platform di mana individu yang berdaftar boleh menyertai kursus dan mengakses kandungan pembelajaran secara atas talian tanpa had kedatangan. UiTM secara am ingin menubuhkan satu inisiatif pembelajaran dan pengajaran secara atas talian yang boleh diakses pada bila-bila masa.

Kini, ianya menawarkan lebih 6,000 kursus dengan kandungan pembelajaran manakala terdapat 800,000 kandungan pengajaran yang boleh diakses secara percuma. Secara tidak langsung, pembelajaran menjadi lebih mudah untuk diakses tanpa perlu hadir ke kelas fizikal dan membantu meningkatkan tahap pendidikan di Malaysia.

Cara Register

Untuk mendaftar akaun, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi
  2. Klik Sign Up pada bahagian atas kanan halaman utama portal tersebut ufuture-1
  3. Pendaftaran hanya untuk pengguna yang bukan warga UiTM, pelajar dan staf UiTM tidak perlu untuk mendaftar dan boleh login menggunakan akaun SSO/ iStudent/ iStaff Portal
  4. Bagi pengguna baharu, pastikan maklumat seperti gambar, nama penuh, emel dan intitusi yang dipilih menepati ketetapan yang diberikan ufuture-2
  5. Pendaftaran pengguna berjaya selepas mengisi semua ruangan yang ditetapkan

Cara Login UFuture

Selepas mendaftar, pengguna boleh login ke dalam Portal dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi
  2. Klik Log In pada bahagian atas kanan paparan utama ufuture-3
  3. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan yang sah kemudian klik pada butang “Log In”
  4. Satu paparan menu utama akan keluar dan pengguna boleh melayari kursus-kursus yang ditawarkan

Cara Tukar Kata Laluan

Sekiranya pengguna ingin menukar kata laluan atau Password, di bawah adalah cara-caranya:

  1. Layari Portal Rasmi
  2. Klik pada bahagian Log In dan kemudian klik Reset Password
  3. Satu kata laluan sementara akan dihantar kepada emel pengguna
  4. Log masuk ke dalam Portal menggunakan kata laluan sementara
  5. Kemudian tukar kata laluan atau Password yang baharu

Kursus Yang Ditawarkan

Antara kursus-kursus yang ditawarkan merangkumi pelbagai jenis pendidikan seperti

  1. Typography and Page Composition
  2. Visual and Perceptual Communication
  3. Computer Programming and Applications
  4. English For Business Correspondence
  5. Unmanned Aerial Vehicle System For Mapping
  6. Thermodynamics
  7. Fluid Power Technology

Kursus-kursus lain yang diminati oleh pengguna boleh dicari melalui pautan berikut:

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan Cara Register & Login Portal Atas Talian U Future UiTM, sila rujuk alamat, nombor telefon atau emel rasmi di bawah:

  • Portal Rasmi UiTM
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
    40450 Shah Alam
    Malaysia
  • Telefon : 03 – 5544 8369
  • Emel : iceps@uitm.edu.my

Related : course content, peribadi untuk meningkatkan kemahiran, kandungan pembelajaran dalam talian, layari laman web https ufuture.uitm.edu.my, diakses menerusi interaksi dinamik, uitm students, exit survey, mengikut kursus, membolehkan individu kekal relevan, bahan pembelajaran, learning activities, memenuhi gaya pembelajaran atau keperluan pelajar, student portal, 9,437 tenaga pengajar 5,799 kursus ditawarkan dan 800,887 kandungan pembelajaran dimuat naik, digunakan seramai 184,148 pelajar, uitm login, online class,