UKKM Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM. Pemohon dimaklumkan melalui SMS dan perlumenyemak maklumat melalui sistem semakan

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Untuk pengambilan pelajar MRSM tahun 2025, pelajar Tahun Enam dan pelajar Tingkatan 3 yang berminat untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) diwajibkan menduduki ujian ini. Peperiksaan ini adalah untuk menguji potensi dan minat pelajar sebelum melayakkan diri ke peringkat pertimbangan kemasukan ke MRSM.

Terdapat empat subjek atau ujian yang perlu diambil oleh pemohon serta mendapat keputusan sekurang-kurangnya lulus setiap satu ujian yang diduduki. Untuk pemohon yang memohon Ulul Albab, anda dikehendaki menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan. Suka diingatkan bahawa keutamaan akan diberi kepada pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

ujian kecenderungan kemasukan mrsm ukkm

Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM

Calon yang berjaya memasuki sistem pendidikan MRSM berpeluang untuk menelusuri ekosistem pendidikan MARA selepas tamat pengajian di MRSM meliputi program persediaan dalam dan luar negara, pendidikan berasaskan TVET dan Profesional di institusi pendidikan MARA dengan tajaan dan pembiayaan MARA atau agensi lain.

Pembatalan peperiksaan awam iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan PT3 menjadikan syarat kelayakan ujian digunakan bagi pemilihan pelajar masuk ke MRSM.

Kriteria utama bagi penilaian dan pemilihan pelajar MRSM bagi sesi sebelum ini adalah wajib lulus Ujian dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan Sistem Pengiraan Status Sosio Ekonomi (SES).

MARA masih mengekalkan dasar sedia ada iaitu sekurang-kurangnya 60 peratus daripada jumlah pengambilan dalam kalangan golongan B40.

Mara menerima sejumlah 57,122 permohonan untuk ke tingkatan satu manakala untuk tingkatan empat pula sebanyak 17,350 permohonan bagi sesi persekolahan tahun 2022. Jumlah permohonan bagi tahun 2023 dan 2024, 2025 akan dikemaskini.

Di bawah merupakan maklumat-maklumat berkenaan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM sebagai rujukan untuk semua. Bagi calon Tingkatan 1, Soalan merangkumi subjek Matematik, Sains dan Bahasa Melayu Tahap II sekolah rendah.

Manakala bagi calon Tingkatan 4, Soalan merangkumi subjek Matematik, Sains dan Bahasa Melayu peringkat menengah rendah.

Format UKKM

Berikut merupakan perincian format mengikut subjek yang dikongsikan oleh MARA bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4:

1. Matematik

  • Masa menjawab adalah 35 minit
  • Jumlah soalan Matematik yang perlu dijawab adalah 30 soalan yang berbentuk objektif

2. Bahasa Melayu

  • Masa yang diperuntukkan adalah selama 30 minit
  • Calon perlu menjawab sejumlah 30 soalan objektif

3. Sains

  • Hanya 35 minit diperuntukkan untuk menjawab
  • Terdapat 30 soalan berbentuk objektif

4. Ujian Keperibadian

  • Sebanyak 80 soalan objektif yang perlu dijawab
  • Calon dikehendaki menjawab dalam masa 30 minit

5. Ujian Teknikal Tingkatan 1

  • Masa menjawab 35 minit
  • Bagi calon yang memohon Program Teknikal

6. Ujian Khas Ulul Albab Tingkatan 1

  • Masa menjawab yang diperuntukkan adalah 35 minit
  • Khusus untuk calon yang memohon program Ulul Albab, anda diwajibkan untuk menduduki ujian hafazan dan tulisan jawi.
  • Sebagai rujukan kepada calon, berikut adalah nota berkaitan ujian hafazan pada ambilan sebelum ini:
    • Menghafaz ayat-ayat hafazan dalam masa 25 minit
    • Aspek yang dinilai adalah kelancaran, tajwid dan hafazan.
    • Hafazan wajib pada tahun sebelum ini adalah Ayat 1 hingga 12 Surah Al Mulk.

7. Ujian Khas IGCSE Tingkatan 1

  • Masa menjawab 35 minit
  • Bagi calon yang memohon Program IGCSE

Nota Penting

SEMUA CALON TINGKATAN 1 & TINGKATAN 4 WAJIB MENDUDUKI UKKM

Calon Tingkatan 1

  • Soalan UKKM merangkumi silibus Tahap II Sekolah Rendah

Calon Tingkatan 4

  • Soalan UKKM merangkumi silibus Menengah Rendah

Contoh Soalan UKKM 

Soalan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) adalah sulit dan tidak didedahkan kepada orang ramai. Namun, berikut adalah contoh-contoh soalan berdasarkan tahun-tahun sebelum ini :

1. Contoh Soalan Matematik

  • Seorang penternak mempunyai 100 ekor lembu dan ayam. Berdasarkan kiraan, terdapat 260 kaki binatang di ladangnya. Berapakah ekor lembu yang diternak oleh penternak tersebut?
  • Find the Highest Common Factor (HCF) of 24, 36, 72. Cari Faktor Sepunya Terbesar (FSTB) bagi 24, 36 dan 72
    • A) 72
    • B) 36
    • C) 13
    • D) 12
  • Round Off 0.029954 to 3 significant figures. Bundarkan 0.029954 kepada 3 angka bererti
    • A) 0.029900
    • B) 0.0299
    • C) 0.0300
    • D) 0.03
  • List all the integers from -3 to 2. Senaraikan semua integer dari -3 hingga 2. 
    • A) -3, -2, -1, 0, 1, 2
    • B) -3, -2, -1, 1, 2
    • C) -2, -1, 0, 1, 2
    • D) -2, -1, 0, 1
  • (2p-3)(5p+4) =
    • A) 3p² -12
    • B) 10p² – 12
    • C) 10p² – 7p – 12
    • D) 10p² + 7p – 12
  • Given 2p=q/r-4, calculate the value of r if p=3 and q=30. Diberi 2p=q/r-4, hitung nilai r jika p=3 q=30
    • A) 9
    • B) 6
    • C) 2
    • D) 1

2. Contoh Soalan Sains 

  • Soalan Sains lazimnya berkaitan dengan Pengetahuan Am. Calon perlu bersedia untuk menjawab soalan yang berbentuk situasi seperti apa yang akan terjadi jika?, Apa yang perlu kita lakukan?
  • Which of the following is an example of non-flowering plants? Yang manakah antara berikut adalah contoh tumbuhan yang tidak berbunga?
    • A) Fern Paku-pakis
    • B) Rose Plant Pokok Ros
    • C) Tulip Plant Pokok Tulip
    • D) Durian Plant Pokok Durian
    • E) Papaya Plant, Pokok Betik
  • Which of the following objects can be attracted by magnets? Objek yang manakah antara berikut boleh melekat dengan magnet?
    • A) Pen Pen
    • B)Pencil Pensel
    • C)Rubber Getah pemadam
    • D)Book Buku
    • E)Metal Ruler Pembaris besi

3. Contoh Soalan Ujian Keperibadian

  • Soalan adalah berkaitan personaliti diri calon sama ada menepati nilai sebagai seorang pelajar MRSM atau tidak
  • Anda hanya perlu menjawab Ya atau Tidak, Setuju atau Tidak, Betul atau Salah.
  • Anda digalakkan untuk memilih jawapan yang paling logik dan positif
  • Contoh soalan:
    1. Saya tidak marah jika dimaki hamun oleh rakan-rakan (Betul/Salah)
    2. Saya suka bekerja dalam satu pasukan (Betul/Salah)
    3. Saya mudah berasa simpati terhadap orang lain (Betul/Salah)

4. Contoh Soalan Ulul Albab

  • Calon akan diberi masa 20 minit sahaja untuk menghafaz ayat-ayat yang akan diberikan
  • Sebelum ini, ayat hafazan yang diberikan adalah daripada Surah Al-Mulk ayat 1 hingga 12
  • Calon akan dinilai berdasarkan kelancaran membaca Al-Quran, tajwid dan hafazan
  • Calon diberi masa 35 minit sahaja untuk membaca hafazan tersebut

Nota : Contoh soalan bagi ujian Bahasa Inggeris dan Teknikal akan dikemaskini. Calon digalakkan untuk membuat latihan dengan merujuk soalan UPSR atau PT3 tahun-tahun sebelum ini. Soalan UKKM juga sebahagiannya berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Semakan UKKM Dan Ujian Khas Ulul Albab Tingkatan 1 & 4 Tahun 2025

Pihak MARA telah mula memanggil calon untuk menduduki Peperiksaan UKKM dan Ujian Hafazan Ulul Albab serta Ujian Teknikal bermula 2, 9 dan 23 Oktober 2024

Ujian sesi pertama akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada November hingga Disember 2024 bagi Tingkatan 1 dan 4 di pusat-pusat ujian terpilih. Sila rujuk infografik di bawah:

semakan-ujian-kemasukan-mrsm-ukkm

Jemputan untuk menduduki Ujian ini dilaksanakan secara berperingkat dan calon akan dimaklumkan melalui SMS dan emel

Sehubungan dengan itu, calon adalah diminta untuk menyemak status tawaran menduduki ujian dari masa kesemasa melalui pautan berikut :-

UKKM sesi pertama bagi tingkatan satu dan empat akan bermula secara berperingkat dari bulan November hingga Disember 2024

Info Lanjut

  1. Tempoh ujian adalah selama 2 jam merangkumi 4 subjek
  2. Ujian akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem permohonan
  3. Pilihan tempat melalui sistem permohonan MyMRSM
  4. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelahiran pemohon, borang pengesahan pendapatan (jika perlu), borang pengesahan FELDA (jika perlu) dan slip menduduki ujian
  5. Pemohon akan dimaklumkan berkaitan Ujian melalui SMS/ e-mel dan pemohon diminta untuk menyemak maklumat tersebut melalui sistem semakan.

Sebarang pertanyaan atau maklumbalas boleh emel kepada pengambilanmrsm@mara.gov.my. Jika anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk

CARA HUBUNGI

Portal Rasmi (Laman Web)

  1. MARA

Nombor Telefon

  1. 03-2613 2000

Emel

  1. informasi@mara.gov.my

Related : pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, menduduki ujian kecenderungan kemasukan mrsm ukkm bagi menguji potensi, borang permohonan, subjek matematik sains dan bahasa inggeris serta ujian keperibadian, tingkatan 1 dan 4, ukkm tingkatan